Semua manusia punya cerita cinta yang tersendiri. Ada yang sangat membahagiakan dan ada pula yang sangat mendukacitakan. Apapun cerita itu, ini cerita aku. cerita cinta yang belum pernah aku kongsikan dengan orang lain. termasuklah teman-teman rapat aku yang sangkakan sudah tahu semua perihal aku. aku merupakan seorang lelaki biasa yang hidup penuh dengan nilai agama. ayah aku seorang ustaz yang paling disegani di kampung, dia juga merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. ibu pula seorang guru agama di sebuah sekolah swasta.
Dari kecil hingga skrg aku berumur 26tahun, aku diberikan didikan berteraskan agama. dan itu juga pilihan aku sendiri kerana aku rasa tidak selesa bila berada di sekolah yang tidak ada bidang agama walhal subjek agama aku semuanya boleh dikatakan ditanda dgn pen merah. aku bermula dalam alam persekolahan dengan memasuki sebuah sekolah antarabangsa di satu negara arab. ketika itu ayah aku ditugaskan untuk berkhidmat di sana oleh kerajaan malaysia. pengalaman di sana memangla menarik tapi masa itu aku terlalu kecil. pada usia 11tahun, kami berpindah balik ke malaysia atas sebab-sebab keselamatan. di malaysia, aku sambung darjah 5 di terengganu dan kemudiannya darjah 6 di selangor. memang keluarga kami selalu berpindah randah, ini semua kerana tugasan jawatan ayah ketika itu.
Sekolah menengah pula aku bermula di negeri yang dikatakan serambi mekah. ya, negeri kelantan darul naim. aku berjaya memasuki satu sekolah yang paling bagus di sana yang terletak di pengkalan chepa namun ia hanya bertahan 1 tahun setengah. aku telah dibuang asrama kerana bersubahat dengan rakan untuk mencuri barang-barang di supermarket besar di kota bharu. betul la lagu nasyid kumpulan raihan, iman itu tidak akan diwarisi oleh seorang anak daripada seorang bapa.
Setelah itu aku balik ke negeri kelahiran aku yang juga merupakan tempat tinggal tetap famili aku. aku sambung belajar di sebuah sekolah agama kerajaan negeri di sg.buloh hingga tingkatan 3. di situ aku berubah menjadi lebih baik kerana kawan-kawan di sekolah itu adalah baik. aku boleh dikatakan mudah dipengaruhi oleh kawan-kawan. silap langkah aku, mungkin aku akan jadi teruk. tapi itulah yang terjadi pada aku selepas aku berpindah sekolah lagi di tingkatan 4. aku berpindah ke sebuah sekolah agama di bangi. di sekolah itu, hanya terdapat 2 kelas untuk tingkatan 4. kelas A (pandai) dan kelas B (kurang pandai la kot..). aku berjaya masuk kelas A namun pelajar-pelajar di kelas itu terlalu syadid hingga mereka langsung tidak menyambut aku sebagai pelajar baru, mereka asyik dengan buku. yang menyambut aku adalah budak-budak kelas B yang nakal-nakal. jadi aku terpengaruh dengan mereka hingga aku menjadi salah seorang yang paling ditakuti oleh pelajar lain termasuklah tingkatan 5 pada ketika itu. tubuh badan aku tidaklah besar kalau nak dibandingkan dengan tingkatan 5, tetapi sikap aku yang sangat agresif membuatkan semua pelajar takut dengan apa yang aku mungkin buat.
Bila naik tingkatan 5, aku menjadi kuasa besar budak-budak nakal. guru disiplin sudah lali dengan aku. setiap kali perhimpunan, mesti ada muka aku di depan perhimpunan dan kena rotan depan semua. terlalu banyak kes yang aku buat sampai guru-guru semua mencadangkan agar aku dibuang tapi aku hanya kena gantung bila setiap kali buat kesalahan berat, mungkin jugak kerana kesalahan aku tu tidaklah seserius mana, cuma banyak kali je. antara kes yang selalu kena, rokok, ceroboh pejabat, keluar asrama, gaduh, buli.. ada jugak yang tak pernah 'kantoi'.. masuk asrama perempuan dan letak pochong buatan dalam kolam mandi diorang malam-malam buta. haha.. yang tu belum pernah kantoi dan sampai sekarang aku rasa budak-budak perempuan tu tak tahu siapa yang punya kerja. tergelak sakan aku bila dengar budak-budak perempuan tu menjerit se awal 6 pagi sebab pochong tu. kebetulan hari tu adalah hari peperiksaan spm, jadi yang perempuan semua mandi lewat dan masuk dewan periksa lewat. ada lagi kes yang tak kantoi, pernah dulu aku pukul ketua pengawas dengan kerusi plastik sebab marah yang teramat sangat.. pasal apa? pasal dia bocorkan markah exam mid year lelaki kat budak-budak perempuan. siapa tak bengangkan? lagi-lagi aku yang terserlah dengan kebodohan yang tinggi, markah mesti rendah.
Disebabkan aku ini ketua 'otai' di sekolah, aku tidak pernah pandang perempuan sebab jijik dengan perkataan jiwang. sehinggalah di awal tahun tingkatan 5, aku tersuka kat kawan baik aku sendiri. kami ni rakan borak, jumpa je mesti borak panjang lebar sampai cikgu terpaksa pisahkan kami dalam kelas. walaupun suka, aku tidak pernah suarakan perasaan tu. tapi.. semakin lama, ia semakin terasa sebab tengok kawan-kawan yang lain semuanya ada pasangan. tapi ketika itu aku tak percaya dengan cinta sebab aku rasa mustahil bila kita sukakan 'somebody', 'somebody' tu pun sukakan kita.. pelik..
Pelik tak pelik akhirnya aku ambik keputusan untuk meluahkan perasaan tu. semasa prep di waktu malam, aku minta dia untuk jumpa aku di tangga penghubung antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. di situ, aku cakap 'straight forward' yang aku sukakan dia. owh lupa nak bagitau, nama dia ghasidah (bukan nama sebenar) haha.. ghasidah ni tolak cinta aku masa tu. alasan dia, dia dah ada teman dan aku pulak terlalu jahat. first time masa tu aku dengar kawan baik cakap aku jahat. tapi lepas tu dia tukar balk statement dia tu, dia cakap aku nakal sebenarnya, bukan jahat. lega jugakla masa tu tapi tetap kecewa. perkara yang jadi malam tu menguatkan lagi teori aku masa tu yang cinta adalah tipu. memang betul susah untuk cari orang yang kita suka, dan dia pun sukakan kita jugak pada masa yang sama..
Selepas cinta aku ditolak, aku terlalu 'frust' dan tak bercakap dengan ghasidah dah lepas tu sebab malu. aku mula rapat dengan kawan karib si ghasidah pulak. yang kawan karib si ghasidah ni pulak memang suka kat aku. nama dia elyana (bukan nama sebenar ye... bahaye woo). jadi lepas tu aku ambil keputusan untuk terima cinta elyana. walaupun pada mulanya aku terima cinta dia hanya untuk mengisi masa lapang aku, tapi lama kelamaan, cinta tu terbit jugak sebab si elyana ni layan terlalu baik. dan natijahnya, aku mula berubah sikap sedikit demi sedikit untuk menjadi baik.

Selepas selesai alam persekolahan bagi aku, aku teruskan hubungan aku dengan elyana. dia ternyata seorang yang penyayang. dia banyak melembutkan hati aku bila aku dikuasai oleh amarah. tapi ada satu kesilapan dalam hubungan kami pada ketika itu. kami terlalu muda. cinta yang ada ketika itu mungkin cinta monyet semata-mata. aku usaha untuk mengekalkan hubungan kami namun terdapat halangan di sebelah elyana. ayah angkatnya tak bagi dia bercinta. tapi yang peliknya, ayah kandung dia bagi je bercinta, ayah angkat dia yang lebih-lebih. di saat genting aku cuba pertahankan hubungan yang tidak direstui oleh ayah angkat dia tu, datang lagi halangan yang baru yang sangat buat aku marah. kawan baik aku sendiri semasa tingkatan 5 tikam aku dari belakang. dia nakkan elyana. nak dijadikan cerita, kawan aku seorang ni adalah mat rempit di kampung. ramai geng la. dan aku pulak, hanya ada aku seorang. langsung tidak ada geng. masa tu aku 'compete' dengan dia. nama dia aiee... si aiee ni memang kurang ajar la, langsung tak fikir pasal aku. cuba teka siapa menang? jawapan dia.... ayah angkat dia yang menang. ayah angkat dia bawak elyana balik penang berbulan-bulan dan masa tu handphone tak ada lagi, jadi kami tidak berhubung lama sangat. bila aku jumpa elyana semula, dia dah ada teman lelaki baru dah pun. nampaknya aku la yang bodoh sebab setia dengan dia.
Elyana ada bagitahu yang dia masih cintakan aku cuma dia silap langkah terima cinta orang lain. aku buat bodoh je masa tu. selepas itu semasa keputusan spm keluar, aku dengan kawan-kawan jadi ala-ala mat rempit untuk 1 hari. aku tak suka mat rempit sebenarnya. tapi pada hari itu, aku jumpa semua kawan-kawan sekolah dulu termasuklah cinta pertama aku....ghasidah. kami jumpa balik dan berbual macam biasa tapi kali ini, dia nampak siapa aku yang sebenar. aku ajak ghasidah sambung belajar di tempat sama supaya senang untuk jumpa lagi dan yang ajaibnya dia setuju pada ketika itu. balik je rumah, aku terus call dia dan berbual panjang. aku sangatla gembira masa tu, rasa macam dunia ni penuh dgn bunga dari air laut.. huhu.
Alkisahnya di pendekkan cerita, ghasidah mula menyukai aku. kami pun ber'couple' dan masuk kolej yang sama. di kolej itu, banyak sangat kisah pahit duka kami bersama.. elyana? hmmm... dia sambung ke kolej IIC di gombak. Aiee pula tak sambung belajar dan terus bekerja. tinggal aku dengan ghasidah je..
bersambung...

No comments:
Post a Comment